Judul Terjemahan : Shahih tafsir Ibnu Kathir
Judul Asal :Al-Mishbaahul Muniir Fii Tahdziib Tafsiir Ibni Katsiir
Penulis Asal : Al -Hafiz Imam Ibnu kathir
Penyelia tulisan : Sheikh Syafiur Rahman al-Mubarakfuri
Dimensi : 16 cm X 24 cm
Jilid : 9 jilid
Berat : ~12.5kg/set
Jumlah Halaman : 700~800 ms / jilid
Harga EOM : RM 520
PERCUMA POSLAJU !!
COD : Kelana Jaya/Ara Damansara
Stok semasa : 5 set Berbaki 1 set sahaja
Keterangan Produk
Set kitab yang lengkap membawakan tafsir al-Qur'an 30 juzuk kepada kita. Ia membantu masyarakat awam memahami al-Qur'an ayat demi ayat dengan lebih baik dan terperinci berpandukan hadis-hadis nabi dan kefahaman para Sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Set kitab ini mengandungi sebanyak 9 jilid semuanya. Kitab ini asalnya ditulis oleh Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah yang merupakan seorang ulama bermazhab Syafi'i pada era 700 hijrah. Mendengar namanya sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Tafsir ini adalah salah sebuah tafsir yang masyhur dan dipercayai. Ciri-ciri istimewa bagi edisi terbitan/terjemahan ini yang bersesuaian dengan judulnya Shahih Tafsir Ibnu Katsir adalah:
1 - Setiap hadis atau riwayat/atsar diberikan rujukan/nota kaki. Hadis-hadisnya ditakhrij bagi memudahkan rujukkan dan memberi keyakinan kepada pembaca.
2 - Sistem nota kaki yang baik. Takhrij hadis berpandukan kepada Kitab-kitab Syaikh al-Albani rahimahullah, Syaikh Syu'aib al-Arnauth, Ahmad Syakir, dan selainnya.
3 - Setiap perbahasan (penafsiran) diberikan dan dipisahkan (dibezakan) dengan perletakkan tajuk bagi tujuan memudahkan pemahaman dan pencarian.
4 - Hadis-hadis yang tidak sahih (dhoif atau maudhu') dikeluarkan dari kitab ini. Dan dibiarkan hanya hadis/riwayat yang sahih dan hasan sahaja, serta riwayat-riwayat yang maqbul (diterima).
5 - Namun, sedikit kelemahan pada kitab ini adalah pada sebahagian tempat telah menghilangkan beberapa perkataan asal al-Hafiz Ibnu Katsir pada beberapa tempat merujuk perbezaan pendapat (ijtihad) bagi mengelakkan kekeliruan para pembaca dari kalangan awam. Bersesuaian dengan nama dan tujuannya yang disasarkan untuk para pembaca awam dan penuntut ilmu (para pemula).
6 - Terbitan ini sangat sesuai untuk golongan awam yang berminat untuk memahami penafsiran ayat-ayat al-Qur'an secara mendalam tetapi mudah kerana corak penyampaiannya yang mesra pembaca dan mudah difahami. Di samping itu, ia juga sesuai untuk golongan pengkaji kerana konsep nota kakinya yang begitu baik. Jadi, berilah ruang perpustakaan kita untuknya sebagai bekalan rujukan tafsir memahami al-Qur'an yang baik di saat-saat memerlukan. Juga sesuai untuk bacaan di surau-surau, masjid, serta pusat-pusat pengajian umum seperti sekolah dan universiti.
Hubungi/Whatsapp/Telegram ke
019 3357307
untuk tempahan