.:: Edariman Online Mall ::.

Andai Iman mampu diedar......

Produk Tafsir Fi Zilalil Quran





Judul : Tafsir Fi Zilalil Quran
Penulis : Sayyid Qutb
Penerbit : Pustaka Darul Iman
Harga : RM1500 
Spesifikasi : 11 Jilid hardcover (Edisi Eksklusif)
Terbitan Pertama: Oktober 2010 


Tafsir Fi Zilalil Qur’an ditulis dengan bersandarkan kepada kajian-kajian Sayyid Qutb yang mendalam, yang ditimba secara langsung dari al-Qur’an dan as-Sunnah, di samping bersumberkan kepada kitab-kitab tafsir yang mu’tabar.Beliau memasuki ke alam penulisan tafsir ini setelah melengkapkan dirinya dengan pengalaman-pengalaman dan kajian-kajian yang kaya di bidang penulisan, keguruan, pendidikan dan pengamatannya yang luas dan tajam dalam perkembangan-perkembangan sosial dan politik dunia semasa. Beliau telah menghabiskan lebih dari separuh usianya dalam pembacaan dan penela’ahan yang mendalam terhadap hasil-hasil intelektual manusia di dalam berbagai-bagai bidang pengajian dan teori-teori,pelbagai aliran pemikiran semasa dan pelbagai kajian mengenai agama-agama yang lain.

Di samping itu tafsir Fi Zilalil-Qur’an adalah ditulis dengan tinta derita dan sengsara yang begitu pahit akibat penindasan dan permainan politik gila kuasa yang zalim di zaman itu. Beliau telah menjalani penyeksaan fizikal yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dan seluruh kesengsaraan ini telah membuat seluruh entiti beliau tertumpu kepada Allah dan kepada penghayatan al-Qur’an, di mana beliau hidup di bawah bayangan al-Qur’an dengan seluruh jiwa dan perasaannya dan hidup sebagai seorang penda’wah yang ‘arifbillah, sabar, gigih, redha, tenang, tenteram, berserah bulat kepada Allah, tidak mengenal kalah dan putus asa. Semuanya itu merupakan faktorfaktor penting yang melahirkan tafsir “Fi Zilalil Qur’an” di dalam bentuknya yang unik yang mengatasi tafsir-tafsir yang lain.

Sebelum memasuki ke dalam pentafsiran isi kandungan al-Qur’an beliau telah membuat kajian yang mendalam selama beberapa tahun untuk mencungkil rahsia-rahsia struktur pengungkapan al-Qur’an dan uslub penyampaiannya yang indah dan penuh mu’jizat. Hasil kajian Qur’aniyahnya yang ulung itu telah dibukukan dengan judul “ ”التصرالفني في القرأن
(Penggambaran Yang Seni Di Dalam Al-Qur’an) diterbitkan pada tahun 1945 kemudian diiringi pula dengan buku “ مشاهدالقيامةفيالقرأن (Pemandangan-pemandangan Qiamat di Dalam Al-Quran) diterbitkan pada tahun 1947 sebagai huraian dan pelengkap kepada bukunya yang pertama. Hasil kajian yang gemilang ini telah disifatkan oleh para pengkaji sebagai anak kunci yang dikurniakan Allah kepada beliau untuk membongkarkan rahsia-rahsia keindahan al-Qur’an yang unik itu. Dan buku buku inilah yang banyak dirujukkan oleh beliau dalam tafsirnya, yang lahir kira-kira tujuh tahun selepas lahirnya bukunya yang pertama itu.
PENGUMUMAN
Tempahan untuk produk ini telah dibuka kepada umum.Setiap tempahan boleh dibuat melalui setiap agen kami ataupun terus melalui admin kami.Hanya tinggalkan pesanan di ruang2 pertanyaan yg disediakan utk maklumat lanjut.Tempahan akan dikenakan 30% dr harga produk sebagai deposit tunai.Maklumat setiap pembeli akan terus disimpan oleh pihak penerbit.



Produk Al-Quran Terjemahan


Al-Quran & Terjemahan Saiz Besar (Kulit Keras)


Al-Quran & Terjemahan Saiz Kompak (Kulit Keras)




Al-Quran & Terjemahan Saiz Kompak (Diari)




Al-Quran & Terjemahan Saiz Kompak (Zip)


            Edisi Terbaru !!!!




Produk Muqaddam dan Buku




Senarai Harga Produk Muqaddam dan Buku

1) Muqaddam Bergambar 4 Jilid
    Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris
    RM 4.50 perjilid
    RM 18.00 perset

2) Muqaddam Bergambar (Kompilasi dalam 1) 
     Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris
     RM 15.00 sebuah

3)Sehari Dalam Hidupku (Terbaru)
   Bahasa Melayu
   PERCUMA Poster Doa Harian
   RM 10.00 sebuah


4) Kamus ADIK
    Bahasa Melayu,Bahasa Ingeeris dan Bahasa Arab
    PERCUMA VCD Animasi
    RM 19.00


5) Kamus ADIK Versi Jawi
    Bahasa Melayu,Bahasa Ingeeris dan Bahasa Arab
    RM 12.90

6) Kisah Wanita Teladan
    Bahasa Melayu
    RM 5.00

7) Kisah 25 Rasul   (Terbaru 2010 !!)
    Bahasa Melayu
    4 Jilid
    RM 0.00 (Tempahan dibuka sekarang)


Setakat ini,Edariman Online Mall menawarkan pakej bagi pembelian secara borong untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan pada harga potongan yang sangat berbaloi.
Pihak sekolah,asrama,taman asuhan kanak-kanak,masjid,perpustakaan mahupun korporat digalakkan mendapatkan produk muqaddam dan buku ini sebagai satu aset pembangun jiwa bagi kanak-kanak mahupun remaja Islam.
Sebarang urusan pembelian dan tempahan boleh terus menghubungi pihak Edariman Online Mall di talian 019-3357307 (SMS lebih diutamakan),melalui Borang Tempahan Online atau melaui emel kami edariman@yahoo.com
Bagaimanapun,pembelian dalam jumlah tunggal tetap akan dilayan seperti biasa.



Baca Selanjutnya...