.:: Edariman Online Mall ::.

Andai Iman mampu diedar......



"PANDUAN HIDUP BERSYARIAT"

Majalah bertajuk SOLUSI ini berkonsepkan Islamik kontemporari yang bakal mengetengahkan segenap topik yang berkaitan dengan kehidupan muslim masa kini.Isu pertama SOLUSI lahir pada Ogos 2008.

Majalah ini secara asasnya menggabungkan dua elemen utama iaitu fardhu ain dan motivasi. Antara topik yang bakal dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan pelbagai lagi ruang info yang menarik.

Kolumnis majalah Solusi ni terdiri daripada mereka yang prolifik dan berwibawa. Antaranya seperti Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan, Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin (dari http://www.zaharuddin.net/), Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, Haji Muhammad Zakaria (salah seorang moderator blog ni), Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari http://www.saifulislam.com/) dan ramai lagi yang terkenal.

Diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. dan telah melalui sehingga isu ke 32 setakat ini.

Di bawah adalah Team SOLUSI:
Ketua Editor - Pahrol Mohamad Juoi
Editor - Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Editor Syariah - Uztaz Mohd Wahid Abd Hanif
Penolong Editor - Husna Hassan
Layout/Designer - Ismail Karim

-------------------------------------
Pengarah Urusan - Haji Waharp Yusuf
Konsultan Syariah - Ustaz Hj. Zahazan Mohamed
Editor Urusan - Haji Muhammad Zakaria
Koordinator Penerbitan - Nadirah Abd Waharp
Pemasaran - Mohd Yaakub & Telaga Biru Sales Team
Iklan & Promosi - Sani Jiran, Faruq Zahran

Dengan motto "PANDUAN HIDUP BERSYARIAT",majalah ini semakin menjadi kesukaan setiap golongan masyarakat berdasarkan rekod jualan yg sangat menggalakkan.

Semoga usaha ini dapat diteruskan dalam menyampaikan ilmu dan wadah ilmu kepada umat Islam & juga yg bukan Islam.Insya-Allah :-) 

Berikut adalah muka depan bagi setiap isu :

 







 




Alhamdulillah,setakat ini stok utk isu 1 hingga isu 7 telah di ulang cetak (reprint)  dan isu-isu lain akan di terbitkan semula bersama isu-isu baru.

Dapatkan setiap isu anda dari agen kami pada harga yang sgt rendah.. :-)

*Credit untuk laman www.majalahsolusi.com utk gambar di atas.. wajazakallahu khairan kathiran..:-)


AGEN DIPERLUKAN SEGERA !!~~

:: Potongan semewah 30% untuk setiap naskhah bakal diperolehi ::
 ::Keutamaan untuk agen sekitar Gombak,PJ dan Lembah Klang ::
:: Tidak perlu komitmen bulanan untuk mendapat kadar sebegini::

0195578223



Baca Selanjutnya...