Kami telah petik artikel ini dari website sengkarai.com..Layan......
"Di sini saya ingin menceritakan serba sedikit pengalaman saya mengenai dengan kehebatan , kemulian serta kesucian air zam-zam. Kita sebagai orang islam telah yakin bahawa air zam-zam adalah merupakan satu-satu nya air yang suci di muka bumi ini, apa tidaknya, ia adalah air yang hanya terdapat di bumi Mekah, kota suci umat islam. Kesucianya tidak dapat kita pertikaikan lagi walau dengan cara apa sekali pun.
Di sini ada baiknya saya mengkisahkan sendiri setelah saya menyelidiki air zam-zam tersebut. Pada 24 Rejab 1423 bersamaan dengan 31hb Oktober 2002 yang lalu, saya bersama teman saya Ustaz Haji Kamalulbahrin telah menguji beberapa contoh air mineral untuk di uji kebersihan air-air tersebut. Kami telah menggunakan water Electrolyzer tester bagi melihat kekotoran-kekotoran beberapa air yang sering kita gunakan untuk minum. Setelah kami menguji kesemua air-air mineral tersebut termasuk air paip dan air yang telah di filter(di tapis) dengan beberapa jenama penapis air, ternyata kesemuanya masih terdapat kekotoran-kekotoran setelah di uji dengan water Electrolyzer tester tersebut. Setelah itu saya katakan kepada teman saya, macammana sekiranya kita uji air zam-zam, mulanya teman saya tidak berani berbuat demikian, saya katakan, kita bukan untuk mempertikaikan kesucian air zam-zam, kita cuma ingin melihat lebih mendalam dan untuk lebih meyakinkan lagi akan kesucian air zam-zam tersebut. Saya pun mengambil segelas air zam-zam yang saya bawa semasa saya mengerjakan Umrah pada tahun 1421.
Kami pun menguji air zam-zam tersebut sebagaimana kami telah menguji air-air mineral, air paip dan air yang telah di tapis tadi, setelah kami uji dengan water Electrolyzer tester tersebut subahanallah, tidak sampai 5 saat, water Electrolyzer tester kami meletup, kami mulanya panik, tapi syukur kami cepat-cepat mencabut cable wayar Electrolyzer tester tersebut, dan kami dapati cuma fues Electrolyzer tester tersebut terbakar, kalau sekiranya kami tidak mencabut cable Electrolyzer tester tersebut mungkin akan lebih merosakan lagi Electrolyzer tester tersebut.
Di sini yakinlah kami seyakin-yakinnya bahawa, air zam-zam tidak boleh lagi di pertikaikan kesuciannya, walau dengan apa cara sekali pun. Air zam-zam merupakan ubat dan penawar segala penyakit tergantung kepada niat seseorang. Dan yakinlah bahawa air zam-zam itu merupakan mukjizat yang telah di beri kepada Nabi Allah Ismail A.S, dan bersyukur kita kepada Allah SWT kerana telah dapat merasakan nikmat air zam-zam tersebut hingga kini. Begitulah betapa agungnya kebesaran Allah. "
di uji dengan alat water Electrolysis tester bagi menguji tahap kebersihannya.
kekotoron yang tidak nampak(sebelum di uji).
Tetapi setelah di uji beginilah hasilnya.
Hatta, air yang sudah di tapis dengan penapis berjenama pun
tidak berkesan.( masih terdapat kekotoran )
subahanallah, tidak sampai 5 saat,water Electrolysis tester
meletup dan fiusnya terbakar.
di pertikaikan kesuciannya.