.:: Edariman Online Mall ::.

Andai Iman mampu diedar......

Panduan Solat Terlengkap: Ensiklopedia Solat

Solat
Solat merupakan satu kewajipan dan syiar yang paling utama dalam kehidupan seorang Muslim. Pemisah antara garisan iman dan kufur dan menjadi perbezaan antara orang yang beriman dan orang yang kafir adalah solat. Di dalam Al-quran, solat turut dijadikan sebagai pembukaan sifat-sifat orang yang beriman yang akan memperolehi kebahagiaan dan sekaligus menjadi penutup kehidupan. Al-quran turut menganggap orang yang meninggalkan solat adalah orang yang sesat dan menyimpang. Adapun yang meninggalkan solat secara berterusan termasuk dalam ciri2 orang yang kafir.
Solat juga akan menjadi ibadah pertama yang akan dipersoal dan dihisab untuk seorang mukmin pada hari kiamat kelak. Ini menunjukkan pentingnya solat dalam kehidupan seharian masyarakat Islam. Antara perkataan yang menjadi rukun dalam solat adalah takbiratulihram, membaca Al-Fatihah (termasuk basmalah), tasyahud akhir, selawat ke atas nabi dan salam yang pertama. Selain itu, perbuatan yang merupakan rukun di dalam solat adalah berdiri tegak jika mampu, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, duduk pada rakaat terakhir dan tertib. Ia juga melibatkan hati iaitu melalui niat. Dan pada asalnya, perkataan solat itu adalah merujuk kepada doa atau untuk mengemukakan permohonan di dalam bahasa Arab.
Kepentingan Solat
Solat merupakan talian langsung antara seorang hamba kepada penciptanya. Hanya orang yang beriman dan beramal soleh akan mendirikan solat sebagaimana tertera di dalam firman Allah:
‘Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak berdukacita.’ (Surah Al-Baqarah 2:277).
Melalui solat juga, ia menjadi peluntur dosa-dosa ringan yang paling efisyen. Solat juga berperanan dalam memohon segala perkara baik kepada pemohon, dalam bentuk perolehan suatu manfaat atau penghindaran daripada musibah dan petaka. Solat turut menjadi kekuatan agama Islam. Melaksanakan kewajipan solat fardu diibaratkan membina tiang-tiang untuk memperkukuhkan agama.
Solat juga dapat membina jati diri yang dilihat mempunyai 3 keistimewaan iaitu ikhlas, khusyuk dan zikrullah. Sekiranya solat yang didirikan tidak mempunyai 3 perkara yang dinyatakan, maka solat tersebut akan dianggap tidak berfaedah sama sekali bedasarkan kepada Tafsir al-Azhar, Imam Abu al-Aliyah. Solat turut menjadi kekuatan jiwa seseorang apabila ia didirikan sehingga mampu meninggalkan maksiat dan kemungkaran. Malahan, ia menjadi cahaya kepada kehidupan di dunia dan untuk di akhirat kelak. Keberuntungannya juga dapat dilihat apabila solat dapat meninggikan kedudukan dan menghapuskan kesalahan.
Kelebihan solat juga dilihat apabila solat merupakan penawar kepada stres dan tekanan perasaan. Solat dapat menenangkan jiwa yang kusut dan stres. Hal ini adalah disebabkan kerana solat mengandungi zikir-zikir yang mampu mendamaikan hati. Rasullulah sendiri mengakui hakikat zikir dapat mengubat jiwa yang resah seperti di dalam sabdanya: ‘Bangunlah wahai Bilal (untuk azan) dan rehatkanlah kami dengan solat.’ (Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, kitab Adab: Bab solat malam).
Ensiklopedia Solat - versi Bahasa Melayu Pertama di Malaysia.
Menyedari kepentingan dan kebertanggungjawaban dalam menyebarkan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk setiap pelusuk masyarakat, pihak Telaga Biru telah mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk Ensiklopedia Solat. Sebuah ensiklopaedia lengkap mengenai solat terbitan syarikat tempatan, berbahasa Melayu yang pertama di Malaysia. Buku ini menghimpunkan segala permasalahan dan keterangan yang berkaitan solat. Setiap permasalahan dan keterangan itu pula disokong dan dibantu dengan firman Allah dan hadis serta sunah nabi Muhamad SAW yang menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam mengikuti dan menerapkan di dalam kehidupan seorang Muslim.
Melalui entri di dalam bentuk illustrasi, dan foto yang dapat menguatkan fakta, pembaca mudah memahami dan mengaplikasikan tatacara yang diajarkan. Selain itu, penerangan turut diberikan di dalam peta minda, jadual dan carta. Kandungan ensiklopedia berkait dengan disiplin ilmu pengetahuan iaitu syariat, sains, perubatan, sejarah dan falsafah.
Kandungannya mudah untuk dirasionalkan oleh akal pemikiran di samping membuktikan kebesaran Allah S.W.T berikutan terdapat penerangan yang memudahkan untuk memahaminya. Ilmu yang terkandung di dalamnya pula tidak bertentangan dengan Al-quran dan sunah Rasulullah SAW. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.
Ia boleh dibaca oleh sesiapa saja khusunya untuk yang mengetahui dan memperbaiki solat yang didirikan. Ia juga sesuai untuk pengajar seperti guru, pensyarah dan sesiapa yang terlibat untuk membuat rujukan dan alat pembelajaran. Malah, ensiklopedia ini boleh dikhususkan kepada pusat sumber, institusi pendidikan, pusat latihan, masjid, madrasah, pejabat dan pusat pendidikan. Penghasilan buku ini adalah merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar dan sumber-sumber yang telah disahkan kesasihannya. Huraiannya pula bersepadu dan menggunakan bahasa moden yang mudah untuk difahami. Dengan adanya ensiklopedia ini, sebarang permasalahan boleh dirujuk dan diperbetulkan dari semasa ke semasa.
Kod ISBN 978-967-40709-3-9
Harga Pasaran Seunit 
: RM100

Promosi Harga Borong Minima 10 unit 
Diskaun 25%
+
Pos PERCUMA
+
2 Hari proses penghantaran "door-to door"
Hotline : 019-3357307 (call/sms)
*Call untuk harga 20 unit ke atas
Hanya di Edariman Online's Mall