Soalan 1
Adakah pelanggan boleh mempercayai proses jual beli melalui internet bersama Edariman Online Mall?
Jawapan
Ya!! Anda tidak perlu sesekali ragu-ragu tentang perniagaan yang dijalankan di Edariman Online Mall. Ini adalah satu JAMINAN untuk anda.
Soalan 2
Bagaimanakah proses pembelian ini berlaku?
Jawapan
1) Pembeli membuat tempahan melalui Borang Tempahan Online (di bahagian atas sekali website ini dan di tepi kanan sekali)
ATAU anda boleh email terus ke edariman@yahoo.com
ATAU SMS ke 019-3357307 (En. Rahimi)
Untuk tempahan melaui emel dan SMS,info di bawah sangat diperlukan:
Nama Pembeli / No. Telefon Pembeli / Emel pembeli
Alamat lengkap barang yang hendak di poskan.
Kod Barang beserta kuantiti.
2) Pihak Admin akan membalas email tersebut dan mengesahkan stok barang yang ditempah.
3) Proses persetujuan akan berlaku antara Edariman Online Mall dan pembeli.
4) Pembayaran harus dilakukan oleh pembeli dahulu sebelum barang dihantar. Sila maklumkan kepada pihak admin melalui telefon/sms/email setelah pembayaran dilakukan. Sila simpan dokumen pembayaran anda.
5)Setelah bayaran diterima, barang akan terus dihantar secepat mungkin melalui khidmat pos laju atau kurier lain.
6) "Follow up" akan dilakukan pihak admin sehingga barang selamat tiba di lokasi =)
Soalan 3
Bagaimanakah pembayaran boleh dilakukan?
Jawapan
1. Melalui bank-in ke mesin ATM ataupun pembayaran melalui online banking.
2. Institusi kewangan yang digunakan di Edariman Online Mall ialah:
3. Maklumat perbankan Edariman Online Mall akan diberikan kepada pembeli melalui email ataupun telefon.
Soalan 4
Dari senarai di atas,tempat pembayaran yang manakah lebih disarankan oleh Edariman Online Mall
Jawapan
Edariman Online Mall lebih menyarankan pembeli berurusan mengggunakan Maybank kerana pengesahan pembayaran dapat bilakukan dengan lebih pantas.
Soalan 5
Jika pembayaran yang dibuat mempunyai baki?
Jawapan
Semestinya baki wang pembelian akan dipulangkan semula.
Soalan 6
Bagaimanakah penghantaran dilakukan dan berapa lamakah masa diambil untuk sampai ke lokasi?
Jawapan
Penghantaran dilakukan melaui khidmat Pos Laju. Masa diambil ialah 1-3 hari. Khidmat pos biasa akan disediakan atas permintaan pembeli kerana harganya lebih murah tetapi agak lambat sampai ke lokasi.Tempoh penghantaran Pos Biasa mungkin 7-10 hari.Secara keseluruhan tempoh masa untuk sampai kepada pembeli bergantung kepada jenis penghantaran dan lokasi.Bagaimanapun,pihak pembeli tidak perlu ragu-ragu kerana setiap penghantaran akan dimaklumkan "tracking number" dan setiap penghantaran dilindungi insuran.
Klik SINI untuk keterangan kos penghantaran di setiap tempat seluruh dunia dan masa penghantaran.
Soalan 7
Adakah barang yang telah diterima dengan selamat boleh dikembalikan atau ditukar semula?
Jawapan
Ya!.Tetapi hanya untuk produk yang mengalami sebarang kecacatan atau ralat dalam cetakan.Inilah JAMINAN yang jarang -jarang diperlolehi dari penjual lain.Hanya dari Edariman Online Mall :-).
Sekiranya kami mendapati tiada kecacatan mahupun ralat dalam penghantaran semula produk,pihak kami berhak menuntut kos untuk penghantaran kembali dan kos pengurusan daripada pihak pembeli.
Hanya tuntutan selepas 30 hari dari tarikh pembelian sahaja yang akan dilayan.
Soalan 8
Jika saya pembeli ingin menjadi pengedar atau pemborong dari Edariman Online Mall?
Jawapan
Hal ini adalah sangat-sangat dialukan dan proses perundingan akan dijalankan.Komisyen lumayan dijanjikan kepada mereka yang benar-benar bersungguh.Ini dibuktikan dari pengalaman beberapa orang agen atau pengedar kami. ;-)
Soalan 9
Mengapakah harga "Online" biasanya lebih murah berbanding di pasaran "Offline"?
Jawapan
Ini kerana melalui jualan "Online",kami dapat mengurangkan kos pengurusan yang melibatkan masa melayan pelanggan,prosedur-prosedur pembayaran,janji temu untuk berurusan dan kos sewaan lokasi jualan.Oleh itu,pembelian melalui laman web adalah yang paling berkesan untuk memasarkan produk dengan harga menarik.
Soalan 10
Jika saya ada soalan lain?
Jawapan
Adalah amat dialu-alukan pertanyaan berkaitan Edariman Online Mall. Sila ke page Pesanan Admin Baca Selanjutnya...