.:: Edariman Online Mall ::.

Andai Iman mampu diedar......


alQuran Amazing 33 in 1 Karya Bestari merupakan alternatif bagi alQuran Cordoba Amazing 33 in 1 terbitan Indonesia.

Di lengkapi dengan Resm Uthmani yang memudahkan bacaan rakyat Malaysia berbanding edisi terbitan Indonesia sebelum ini.

Juga telah ditashihkan di bawah kelulusan Kementerian Dalam Negeri dan JAKIM,akan menambahkan keyakinan pembaca yang rata-rata memilih naskhah yang telah ditashihkan.


Sinopsis:
Pilihan warna: Hitam dan Merah
 
Tidak diragukan lagi  bahawa keperluan kaum muslimin terhadap al-Quran ketika ini begitu besar. Ia tidak hanya terbatas kepada bacaan, malah menuntut kepada pemahaman yang mendalam mengenai ajaran al-Quran. Kefahaman itu, sudah pasti akan mendorong kepada amalan yang sebenar dan sahih di sisi Islam. 
 
Ketika ini, kefahaman masyarakat terhadap al-Quran terbahagi kepada pelbagai tingkatan kefahaman. Ada yang memahaminya melalui ajaran ibu-bapa. Ada yang menggunakan mata hati, ada yang memahaminya melalui pemikiran yang panjang dan sebagainya.
 
Namun, semua itu harus bermuara kepada kefahaman al-Quran yang sesuai dengan kefahaman dan amalan yang dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam kehidupan seharian. Bermakna ia tidak lengkap tanpa tafsiran yang jelas dan kefahaman yang menyeluruh terhadap maksud-maksud dan hukum-hukum ayat dalam al-Quran.
 
Al-Quran Al Karim Karya Bestari Amazing menawarkan kepada masyarakat klasifikasi-klasifikasi utama al-Quran dengan lebih ringkas, mudah dan sahih. Ia merujuk kepada kaedah penafsiran para ulama yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat sehingga boleh diharapkan sandaran dalam memahami al-Quran.


Tema Utama Al-Quran Al Karim Karya Bestari Amazing:
1.Ibadah-Memahami bahawa topik berkenaan ibadah penting untuk difahami, maka perbahasannya menggunakan rujukan Imam At-Tabari, Jami'u'l Bayani, ‘An Ta'wili Ayi'l Qura'ani dan Ibnu Katsir, Tafsirul Quranil Azhimi, malah diperkuatkan dengan rujukan bersumberkan Hadis Nabawi serta diperbandingkan dengan Hadis Qudsi. Ia sekaligus menguatkan lagi perbahasan di dalam tema ibadah ini.

2. Muamalah- Menekankan bimbingan kepada seseorang muslim tentang cara terbaik berinteraksi dan bersosial. Perbahasan mengenai topik ini menggunakan rujukan Tafsir Jalalain, Tafsir Utama yang bersandarkan kepada At-Tabari, Jami'u'l Bayani ‘An Ta'wili Ayi'l Qur'ani dan Ibnu Katsir, Tafsirul Qur'ani Azhimi dan diperkuatkan dengan Hadis Nabawi serta Hadis Qudsi.

3. Akidah-Akidah adalah kandungan yang paling utama sebelum topik yang lain. Ia  bukan sahaja menjadi keutamaan dalam memahami akidah secara benar terhadap Allah SWT, malah menjadi keutamaan dalam keseluruhan syariat para Nabi dan Rasul. Maka, tema akidah Al-Quran Al Karim Karya Bestari Amazing ini menjadi bahagian terpenting demi kesempurnaan akidah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW, para sahabat dan salafus salih.

4. Kisah Nabi dan RasulKeyakinan bahawa al-Quran adalah penyempurna kitab-kitab sebelumnya, ayat-ayatnya berbicara sehingga menembusi batas ruang dan waktu. Maka ia menjadikan al-Quran sesuatu yang menarik untuk dikaji secara lebih dalam lagi. Bicaranya mencakupi masa lalu, sekarang dan masa akan datang. Kisah Nabi dan Rasul di dalam al-Quran tidak hanya menjadi pelajaran kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan kita sebagai umatnya. Tetapi ia juga menjadi penghibur bahawa setiap perjuangan dan penderitaan yang kita hadapi sekarang juga telah Allah timpakan kepada para Nabi dan Rasul sebelum kita, bahkan lebih berat. Maka, ia mengajar kepada kita agar lebih kuat dalam menghadapi ujian dan dugaan dalam melaksanakan ketaatan kepada-Nya.

5. Sirah NabawiPerjuangan Rasulullah SAW adalah kisah yang paling dekat dengan kita sebagai umat Islam. Kisah ini begitu dekat secara emosional bagi umat Islam, perjuangan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat yang telah terlalu hebat mencorak tinta emas perjalanan umat dalam menegakkan tauhid, membanteras syirik dan mengembalikan manusia kepada fitrah kehambaanya kepada Allah SWT. Tema ini cuba memahamkan anda dengan pendekatan latar bekalang sesuatu ayat al-Quran atau disebut sebagai Asbabun Nuzul. Rujukan utama yang diguna pakai sebagai perbahasannya adalah merujuk kepada Mushtafa As-Siba'I, As-Sirah An Nabawiyya; Durus wa ‘Ibar, serta Asbabun Nuzul yang berdasarkan riwayat sahih.

6. Asmaul HusnaRasulullah SAW mendorong kita untuk mengetahui nama-nama Allah. Apa yang dipaparkan dalam tema ini adalah usaha mengenalkan nama-nama Allah yang muncul dalam al-Quran. Ia mudah-mudahan menimbulkan kesedaran agar kita untuk mengaplikasikan penggunaan nama-nama Allah itu ke dalam kehidupan seharian.

7. Terapi QuraniAl-Quran adalah petunjuk yang Allah SWT turunkan untuk menjadi pedoman keselamatan manusia di dunia dan akhirat. Ia termasuk bagaimana cara menjalani kehidupan ini sehingga kita tidak berasa berat dalam melaluinya. Namun, di sebalik pelbagai keadaan hidup yang kita lalui sama ada sulit atau senang, al-Quran hadir untuk mengingatkan kita bahawa ia tidak selalunya kekal. Maka, tema Terapi Qurani ini lebih kepada penawar, penghibur dan rawatan jiwa agar kita sentiasa bermotivasi.

Hadiah Misteri untuk 20 pembeli terpantas

Harga borong terbaik untuk pemborong naskhah ini.

Dapatkan sekarang sementara stok masih panas!!

019-335 7307 
edariman@yahoo.com

untuk order,pre-order & borong